Mutiara Kata Hari ini :
Sebab utama mengapa ramai orang tidak dapat apa yang mereka impikan ialah kerana mereka tak tahu apa yang mereka impikan.
Ramai yang masih keliru dengan program hibah emas Genneva ni. Ada yang berfikiran asalkan mereka ada emas dalam tangan mereka , mereka nak minta duit hibah.
Contohnya mereka beli emas di Pak Ghani kemudian bertanyakan duit hibah mereka. Tentu sekali emas di Pak Ghani tak ada sistem hibah setiap bulan cuma beli dan simpan emas atau cagar sahaja.
Ibarat masukkan duit ke bank A nak minta dividen di Bank B. Nak hibah dari Genneva perlu beli emas Genneva. Bukan emas dengan Pak Ghani kalau nak dapat hibah.
Ada juga yang masih merujuk Pak Belalang Google tentang program hibah Genneva ni. Bila tengok sana memang ada cerita Syarikat Genneva kena serbu bank negara lah, dipantau,…semua cerita yang melegakan untuk tidak membeli emas hibah.
Bila dengar cerita itu akan menguatkan lagi kebantutan untuk melabur pada emas hibah dan beli emas biasa. Bila sekarang ni Ah Rahnu dah tukar status untuk tidak menerima jongkong emas lagi, kawan-kawan ni asyik tanya bila nak dapat untung beli emas. Beli emas ni bukan untuk untung sebenarnya. Beli kemudian simpan untuk kekalkan kekayaan kita. Emas naik bermaksud nilai duit kita jatuh. Kalau kita pegang duit bermakna kuasa beli kita jatuh.
Sebab sejak zaman Nabi SAW lagi harga emas dengan sekarang nilainya sama sahaja. Boleh beli seekor kambing dengan 1 dinar. Tengok sahaja hujung tahun lepas yang harga emas 100g masih RM14,000 sekarang dah jadi RM17,000. Bermakna nilai duit kita jatuh RM3,000!
Orang kata pada saya, nanti aku dah kaya baru beli emas. Orang Kaya sebelum kaya mereka beli emas baru jadi kaya. Tengok sahaja rumah mereka , pinggan mangkuk cawan ada ukiran emas.
Nak beli tapi tak ada modal tu memang biasa. Nanti hari lain saya kongsikan bagaimana nak kumpul modal.
Hari ni cuma nak kongsikan tentang mindset kita untuk dapatkan sesuatu.
Orang ramai yang bertanya, macamana boleh dapat hibah sedangkan emas tu kita sendiri yang pegang. Hibah ni salah satu cara syarikat nak memberi tanggungjawab sosial kepada masyarakat melalui sistem hibah.
Secara logiknya, emas yang kita beli mendapat semula 100% duit bila jual balik pada syarikat. Contohnya kita beli emas 1 kilogram berharga RM190,000. Setiap bulan dapat hibah 2% RM3,800.
Setelah 6 bulan kita nak jual semula pada syarikat, kita akan dapat balik RM190,000 kita dan hibah selama 6 bulan tu dah terima sebanyak RM22,800. Inilah keuntungan yang syarikat berikan kepada kita yang dianggap sebagai hadiah.
Ada juga yang pertikaikan kenapa syarikat nak bagi hibah. Bila saya cadangkan tak perlu ambik hibah beli emas sahaja jadi kerja saya lebih mudah…tak perlu nak ke ofis collect cheque hibahnya dia tak setuju. Nak juga hibahnya.
Dulu kawan saya yang susah sangat nak beli emas sekarang dah ada 250 gram. Sekarang ni dah mula dapat rentak dengan orang berjumpa dengan dia untuk dapatkan emas hibah. Asalkan ikut sahaja flow bisnes emas ni, pasti mendatangkan hasil yang bukan sekelip mata tetapi pasti.
Bukan sahaja flow dalam bisnes. Dalam seni beladiri pun diajar cara flow untuk melawan musuh. Tak perlu jadi kuat tapi ikut sahaja flow dan kalau ikut betul flow, musuh yang memegang pisau nak menikam kita boleh menikam diri dia sendiri.
Untuk makluman, promosi hibah untuk 1.8% bagi 100gram – 999gram dan 2% bagi 1 kilogram ke atas hanya sehingga 15 Jun 2011. Selepas itu ia kembali ke asal 1.5% setiap 100 gram ke atas.
Itu yang ada seorang Guru Kaunselor di Pulau Pinang tu terima duit hibah RM540 setiap bulan. Kalau dah gajinya RM3000 sebulan tambah dengan hibah RM540, lepas bebenor kalau nak bayar duit kereta bulan-bulan. Sebab dia dapat 1.8% sebulan.
Kalau simpan bank Fixed Deposit dapat 2% setahun. Tu yang ada seorang Haji keluarkan duit dari FD beli berkilo-kilo emas. Katanya daripada dapat interest 2% setahun lebih baik dapat hibah setiap bulan. Donia sekarang dah terlalu banyak unsur riba’. Beli kereta , rumah , simpanan, semua ada riba dan inilah senjata Dajal nak melemahkan keturunan Adam. Kerana Riba’ kita jadi lalai memikirkan setiap hari nak bayar hutang.
Dan ada yang bertanya, hibah ni dah bagi fixed 1.8% tu bukankah dah dikira riba’? Yes, sebab itu setiap 6 bulan kena renew contract. Bila renew contract kira nasib-nasiblah kena pula masa tu hibah tak ada promosi jadi 1.5%. Atau pun nasib baik kalau hibah ada promosi sampai 2%.
Kalau fixed selama setahun maksudnya dah ditetapkan , itu baru jadi riba’. Bila nak renew contract kenalah bawa emas pulangkan pada syarikat untuk buat rebalancing. Kemudian terima emas yang baru. Bukan mudah seperti beli emas dengan Pak Ghani. Ada perjanjian kontrak dan ada sijil emas.