Tuesday, December 20, 2011

Bersara Dengan Emas Di Tangan


Post kali adalah khusus untuk bakal-bakal pesara yang sering mengeluh risau-bulan-bulan duit tak masuk lagi sedangkan masih ada yang nak dibayar - perbelanjaan anak-anak di IPT, kenduri kahwin anak-anak (kalau 5 orang blum kahwin sorang RM 30,000 cukup ke duit EPF 200,000), nak kerja dah tak larat.

Kerajaan telahpun mengumumkan umur persaraan adalah 60 tahun. Sebenarnya ia memberi faedah kepada kedua-dua pihak. Pertama kepada pesara dan kedua kepada Kerajaan sendiri.

Kepada pesara sendiri, mereka dapat mengumpul lebih banyak tabung persaraan mereka selain dari hilang rasa boring bila dah bersara nanti. Bila dah berpuluh tahun pergi ofis atau pergi tempat kerja memang agak sukar nak biasakan diri duduk diam di rumah.

Bagi Kerajaan pula menagguhkan lagi tempoh persaraan bermakna dapat menangguhkan lagi jumlah tabung persaraan yang perlu diagihkan. Negara kita dah lebih 50 tahun merdeka.

Orang yang bekerja dari zaman belum merdeka mula menunggu masa untuk menerima duit persaraan. Kalau ada 100,000 orang yang nak bersara terima seorang RM200,000 bermakna kerajaan akan membayar RM200,000,000,000 untuk orang yang bersara.

Itu topik global. Mari kita fokus pada diri sendiri. Bayangkan bila dah bersara nanti akan terima duit EPF dan kalau kerja pegawai RM200,000 kebanyakannya.
Waktu itu, dah tak ada kerja lagi dan bila dah tak ada kerja dah tak ada income. Kebiasaannya bila bersara sahaja banyak ikan pirana akan datang dekat orang yang bersara.
Waktu itulah ramai kawan-kawan akan ajak join skim cepat kaya, bisnes MLM, saham… Sebab itu banyak kisah-kisah orang yang bersara dapat duit dalam masa sekejap sahaja duit mereka habis.
Kalau tak habis join skim pun, mereka akan gunakan duit untuk keperluan seperti bayar duit rumah yang belum habis lagi pinjaman dengan bank, bayar duit kereta, belanja dapur, pelajaran anak-anak yang waktu itu ramai nak masuk universiti.

RM200,000 waktu sekarang ni memang tak banyak. Ada orang boleh habiskan dalam masa sebulan atau seminggu sahaja. Bila dah tak ada kemasukan bermakna hanya yang ada keluar sahaja.
Cadangan membeli emas adalah yang terbaik. Tak rugi sebab emas pegang dalam tangan. Jika emas beli RM200,000 bermakna nilai duitnya sudah menjadi dalam bentuk fizikal emas.
Nak jual emas pun senang berbanding jual tanah. Tambahan pula dengan menukar simpanan menjadi emas ini, setiap bulan ada kemasukan income.

Jika beli emas RM200,000 ikut harga sekarang boleh dapat sekilo. Setiap bulan kalau ada promosi hibah boleh dapat setiap bulan RM5,000.
Walaupun dah bersara, masih ada lagi kemasukan setiap bulan RM5,000. Mungkin lagi besar dari gaji masuk masa kerja. Sebab kalau gaji dulu masa bekerja RM5,000 duit EPF sepatutnya ada RM1 juta dan lebih.
Paling selesa ialah dengan ada sekilogram emas untuk bersara. Sebab itulah dinamakan warga emas. Sepatutnya memang ada emas dan paling baik buat duit dari emas .

Nak bagi alasan takut atau tak percaya ? Tak mengapa sebab dah ramai yang beli emas tak perlu tunggu usia pencen atau bersara. Dan ramai yang dah beli lebih sekilo emas dan bayangkan bila ada 5 kilo emas, setiap bulan RM25,000 duit persaraan.

Kalau dah dapat RM25,000 setiap bulan, dalam masa 4 tahun dapat sama banyak dengan duit persaraan yang diterima. Saat persaraan itulah yang patut digunakan untuk melihat dunia dan melancong makan angin tanpa perlu risau duit tabung persaraan susut.

Thursday, December 15, 2011

Apa Boleh Buat Dengan Emas?


Sejak kebelakangan 2 tahun ni, bisnes emas dah mula jadi fenomena. Dalam FB banyak cerita pasal emas. Setiap hari lebih 400 website emas termasuk yang free dari blogspot didaftarkan untuk cerita pasal bisnes emas.

Semalam, seorang kawan ustad call dan bagitahu bagaimana keadaan dia sekarang lepas terjebak dalam bisnes emas. Baru sekarang dia mulai faham yang emas ini bukan pelaburan. Satu method simpanan wang.

Dari dulu lagi saya dah beritahu pada sesiapa sahaja tentang emas ni yang ia sebebanrnya BUKAN skim cepat kaya tapi Skim Lambat Kaya.

Biar lambat asal kaya. Nak cepat kaya pun boleh asal kena gaya dan strategy. Bagaimana nak bezakan kedua-duanya ? Sebagai Pembeli Emas, mereka kira ambik pakej Skim Lambat Kaya. Lambat-lambat pun lepas 5 tahun boleh senyum dengan kesan kenaikan emas.

Kalau dulu beli emas 100 gram harga RM15,000 5 tahun lagi senyum sebab dah jadi tolak tambah dalam RM 60,000. Ni baru skim Lambat Kaya. Lambat dan Pasti Kaya asalkan sabar.

Kalau nak cepat kaya dalam main emas ni kena jadi pengedar emas atau penjual emas atau consultant emas. Taukey emas dah memang confirm kaya. Berapa lama tempoh untuk jadi kaya ? Paling lama setahun paling cepat …..kalau dapat jual dalam masa seminggu 10 kilo emas terus kaya.

Sebab tu ada soalan orang yang luar biasa akan bertanya, bila boleh cepat dapat hasil atau jadi kaya dari emas ? Soalan itu dijawab semula dengan pertanyaan : berapa banyak kemampuan dia ?

Mampu dari segi membeli atau mampu dari segi nak buat bisnes emas. Bila sebut emas ni banyak perkara kena lengkapkan diri dahulu. Dari segi mental dan sikap. Mental maknanya kalau ada orang tiba-tiba bagitahu nak beli emas 1 tan….

Yang itu kena hati-hati dan boleh dikatakan 99.9% bohong. Bayangkan 1 tan harga dah berapa….saiz dah besar mana. Untuk makluman, 1 tan adalah sebesar lori satu tan. 1 kilo pun dah harga RM200,000, inikan pula 1 tan bersamaan 1000 kg. Maknanya RM200,000,000!

Bila nak hantar emas satu tan nak kena ada pengawal, polis , tentera untuk pergi hantar. Jadi mentalilti kena cekap menghitung kebenaran dan keindahan. Lebih-lebih lagi kalau ada yang nak beli 200 tan kononnya. Bermakna 200 tan lori beratur panjang nak hantar emas orang tu.

Tapi sebenarnya bagaimana orang nak buat duit dengan emas ? Beli dan cagar ? Bila cagar sebenarnya siapa yang untung? Kalau anda beli anda untung sebab tak perlu bayar lebih emas itu. Beli dengan bayar 30%.

Tapi kalau anda yang jual emas, anda senang jual lebih emas. Istilah beli emas dah tak berapa kena kat sini. Sepatutnya beli dan hak mutlaknya 100% pada kita.

Tengok keadaan orang pelarian Vietnam yang lari ke luar negara dengan membawa emas jongkong mereka berkilo-kilo. Bayangkan kalau emas mereka dicagar kat bank, nak lari bawak emas kena settle dulu pinjaman yang dah di ambil dari cagar emas.

Syukur Alhamdulillah Negara kita aman damai dan banyak peluang mendapat rezeki dari segi pekerjaan. Apa yang dihadapan kita tak nampak dan sebab itu perlu ada persediaan seperti mempunyai insuran. Emas nilah insuran kita.

InsyaAllah akan datang, kita sambung sembang pasal emas lagi. Saya akan kongsikan di post bagaimana nak buat duit yang banyak tapi tak perlu nak jual emas yang banyak. Bukan sahaja buat duit banyak tapi berterusan macam dapat pencen.

Sunday, December 11, 2011

Kenapa Harga Emas Kami Tak Sama Dengan Tempat Lain

Ini antara soalan favourite yang kebiasaan orang tanya. Sedikit perkongsian hari ini untuk para Consultant yang berurusan dengan bakal pelanggan emas mereka.


Kenapa sini lebih mahal contohnya kalau di luar sana per gram emas baru RM190 tetapi sini RM210. Biar kami jelaskan sebaik yang boleh.

Pertama , harga emas diluar adalah harga spot gold dan harga emas sini adalah harga emas retail yang diberikan oleh The Gold Bullion Entrepreneurs Association of Malaysia ( Gold Beam).

Jika anda beli emas di kedai emas, anda boleh dapat harga emas yang hampir sama dengan sini sebagai contoh jika anda pergi ke kedai Poh Kong, beli emas nilai 999.9 harga ratenya hampir sama.
Tetapi jika anda beli di kedai emas luar sana anda tak akan dapat duit hibah atau tak ada income bulan-bulan. Ternyata beli di sini lagi untung.

Jika anda beli emas dengan ejen-ejen diluar sana, anda dapat harga murah tetapi, anda tidak dapat duit bulan-bulan sebaliknya kalau nak dapat duit bulan-bulan kena cagar dan bila cagar beli lagi emas supaya ada banyak di tempat dicagar.

Lama-kelamaan rupanya yang untung cuba anda beritahu, siapa ? Berbanding jika beli sini walaupun dengan harga tinggi, anda terus dapat pendapatan setiap bulan dengan memegang emasnya dalam tangan anda sendiri tanpa perlu cagar.

Itu yang ada orang takut dan tak percaya macamana boleh dapat duit sedangkan emasnya sendiri yang pegang. Topik ini kami akan bincangkan lain hari. Sebab soalannya lebih kurang macamana syarikat boleh bayar duit atau syarikat boleh untung ke ?

Jadi hari ni kita bincang tentang harga dulu. Cuba anda tanya pada diri anda, bila dah beli emas diluar sana, bagaimana nak buat pendapatan selain dari jual atau cagar ? Memang tak ada. Sebab itu ia tak ada “Value Added” dan murah berbanding beli emas sini.

Kalau di sini, semasa terima emas sahaja anda akan dapat terus pendapatan pertama. Contohnya beli 1 kilogram emas, masa terima emas tersebut anda terima sekali cek RM5,500 (hibah promosi sekarang).
Itu merupakan rebate belian emas anda. Dan bulan berikutnya hibah dimasukkan setiap bulan dalam bank walaupun emas anda letak dibawah bantal.

Kedua, walaupun sini mahal tetapi jika anda nak jual semula pada bulan tamat kontrak, anda boleh dapat semula 100% wang belian emas anda dan bermakna tak rugi satu sen pun.
Berbanding dengan beli emas diluar, kalau nak jual semula kena potong 5%-20% dari harga pasaran. Seorang kenalan saya beli emas 20gram pada tahun lepas dengan harga RM2,700. Bila dia nak jual lepas 6 bulan, dia tanya kedai emas habib jewel mereka nak beli RM1,990.
Akhirnya dia menghubungi Ejen yang jual emas tersebut padanya dan ejen tu bersetuju untuk membeli dengan harga RM2,500 selepas tolakdari harga pasaran. Pasal nak pakai duit dan terdesak, kawan tu jual sahaja pada ejen tu dan berapa banyak untungnya jadi ejen tu sebab boleh jual pada pelanggan lain dengan harga pasaran sebaliknya dia beli dengan margin 20%!

Cuba tanya pada diri anda bila situasi begini, siapa yang untung ? Sebab itu program emas hibah yang kami buat ni tak untung bagi yang menjual sebaliknya banyak kerja ada lah.
Ada juga consultant yang tak mahu jual bawah 500 gram kepada orang sebab mereka tahu, penatnya sama tetapi hasilnya berbeza. Memang program ini menguntungkan pelanggan dahulu.

Ibarat seorang ayah yang memberi anaknya makan dahulu. Ayah makan kemudian. Anda nak tahu berapa banyak consultant dapat bagi seorang pelanggan yang beli emas 100 gram ?
Tak sampai RM100 pun. Harga emasnya dah lah puluh ribu tetapi consultant dapat margin kecil. Disinilah terapnya nilai bersyukur dengan rezeki yang ada dan bila bersyukur barulah Allah berikan lagi lebih.
Pelanggan pula dapat berapa bila beli 100 gram ? Setiap bulan dalam RM450 dan duit beli emasnya tak hilang. Cuba tanya pada diri anda siapa yang untung ?

Kesimpulannya disini, jika anda nak pendapatan tetap dari emas setiap bulan, inilah program yang menguntungkan tetapi untuk jangka masa panjang beli emas, anda boleh beli emas luar dan simpan sampai 20 tahun. Itu memang bukan nak buat income setiap bulan.

Memang program emas sini adalah dicipta untuk keuntungan pelanggan. Kami tak pening kepala macamana nak bantu pelanggan buat untung setiap bulan berbanding kalau kami jual emas seperti diluar yang pelanggan asyik tanya bila nak buat duit…

Wednesday, December 7, 2011

Buat Pinjaman Beli Emas Berbaloi Ke?















Bagi yang tidak ada Modal nak beli emas, anda boleh cuba sendiri apply mana-mana Bank untuk buat pinjaman.Ini cuma salah satu cara, banyak lagi sebenarnya. Cara ni saya tak galakkan tapi kalau dah tak ada cara lain, inilah alternatifnya.

Anda boleh pergi uruskan sendiri dan jika nak pakai khidmat kami , kos pengurusan RM500 dikenakan walaupun tidak ada jaminan kelulusan. Jadi jika boleh buat sendiri lebih baik buat sendiri.

Salah satunya Bank yang menawarkan pinjaman ialah Kuwait Finance House. Jumlah pinjaman sehingga RM200,000 dan tempoh sehingga 20 tahun. Ini hanya untuk kakitangan Kerajaan atau badan berkanun.

Anda boleh rujuk di website www.kfh.com.my .

Berikut adalah jadual pinjaman dengan Kuwait Finance :












Ada banyak lagi Bank yang menawarkan pinjaman peribadi. Di Kuwait Finance anda boleh terus hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan 03-2056 7777.

Bila dapat duit pinjaman esok jangan pula buat joli. Beli emas dan dapat income bulan-bulan buat bayar loan dan ambik untung sikit.

Contoh dapat pinjaman RM100,000, beli emas setiap bulan dapat (2.1%) RM2,100. Pinjaman ikat 10 tahun bayar setiap bulan RM1,270. Masih ada untung setiap bulan RM900.

Begitulah seterusnya, dari lebihan untung bulanan emas ni anda boleh bayar duit kereta, rumah,nak overlap personal loan yg lain,bayar kredit kad,gaji pekerja,sewa kedai dan apa saja tanpa gaji terusik dan terjejas.

Tuesday, December 6, 2011

Beza Beli Emas Juara Mulia Dan Di Luar


Hari-hari kami mendapat feedback dan respond dari orang yang berminat untuk beli dan simpan emas. Soalan yang mereka akan bertanya kebiasaannya ialah apa beza emas beli dengan PG, Bank, barang kemas dan lain-lain.
Jawapannya senang sahaja. Sebelum nak menjawab soalan itu cuba bayangkan bila anda beli emas. Bila dah dapat emas tu, berapa lama anda tengok ?
Rasanya paling lama pun selama satu jam anda belek-belek emas tu atau kurang dari satu jam lepas tu anda simpan bawah katil atau simpan dekat safe deposit atau tempat yang anda rasa selamat.
Tak kira walaupun anda beli Akaun Emas dengan Bank pun anda belek buku akaun tu pun tak lama. Ya, bukannya kita nak lama-lama tengok emas tu. Beli dan pegang emas cukup rasa seronok tapi tak semestinya 24jam nak kena pegang.
Ada satu falsafah dari seorang pemain emas, simpan emas dekat rumah adalah orang yang tak bijak tanpa buat manipulasi emas. Pasal bila simpan dekat rumah tengok sahaja emas tu pun bukan boleh buat apa-apa.
Inilah masalah orang ramai yang beli emas. Bila dah beli tak tahu nak buat apa dan asyik tanya bila nak buat duit.Bila tak sabar nak pakai duit mula jual emas tu kemudian baru sedar jual tak untung sebab kena tolak 5%-20% dari harga pasaran dan silap-silap bukan sahaja tak untung malah rugi.

Bukan bermaksud beli emas luar tak bagus. Jauh lebih baik dari simpan duit di bank kalau beli emas di luar. Sebab kenaikan emas setiap tahun antara 24%- 30%.
Contoh paling terbaik ialah beli emas untuk anak. Bayangkan anak yang berumur setahun belikan emas untuk dia 100 gram yang kalau sekarang ni harganya RM18,000. Nanti bila dia dah umur 20 tahun mana tahu dah jadi RM100,000….Wallahualam.
Itu maksudnya beli emas. Bukan beli bulan ni lepas tu bulan depan dah sibuk nak tanya bila nak dapat untung. Tambah pula sekarang ni harga emas tengah jatuh. Jatuh bermakna berita baik bagi yang pakar tetapi berita buruk bagi yang kurang arif pasal emas. Harga emas jatuh bermakna emas tengah murah jadi masa nilah patut borong banyak-banyak.
Tak perlulah nak belajar graf emas untuk beli emas. Tahu emas murah beli bukan sibuk nak jual sebab takut nanti rugi. Graf emas ni hari ni jatuh tetapi berbanding harga awal tahun ia lebih tinggi. Sebab itulah bila ramai sangat yang tak faham pasal emas ni nak cuba buat keuntungan tetapi tak ada ilmu kekayaan.
Inilah masanya kami menawarkan satu kaedah beli dan simpan emas yang mana pelanggan tak perlu nak pening kepala macamana nak buat untung atau nak buat duit. Beli sahaja emas terus dah dapat untung bukankah itu yang semua orang nak ? Contoh beli hari ni 500gram terus dapat duit untung RM2,000 sebulan.

Duit tak habis.Tak perlu nak sibuk pergi cagar emas tu nak buat duit. Bila cagar masalahnya ialah nanti tak mampu pula nak tebus semula dan emas tu kena lelong. Kalau tak nak lelong nak buat skill overlap pula lama-kelamaan emas tu macam buang kat bank sahaja.
Bila bank dah banyak sangat pegang emas pelanggan, itu yang mereka ubah-ubah polisi seperti yang berlaku sekarang emas jongkong mereka dah tak terima kalau nak pajak.
Jadi beza paling ketara ialah kalau beli emas sini, pelanggan tak pening kepala nak buat duit dan tak pening kepala duit hilang. Bayangkan dapat duit setiap bulan dan duit pokok beli emas tak hilang 100%!
Nak tanya sedikit, anda boleh bayar rumah atau kereta dengan emas diluar selain dari menjual dan pajak ? Sini emas dalam tangan, pendapatan bulan-bulan boleh buat bayar semua tu.
Kita sambung lagi esok topik ini…

Bagaimana Boleh Dapat Duit Hibah Setiap Bulan


Sejak menjalankan urusan jual beli emas ni, banyak orang call/sms.Tak sama macam buat MLM dulu, sampai habis kredit call orang. Rata-rata berminat dengan program ni. Memang luar biasa sambutan Emas Hibah ini. Atas permintaan yang tinggi untuk program ini, Juara Mulia Gold (JMG) akan mengadakan Free Talk tak lama lagi bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk membuat pilihan (complimentary) bentuk simpanan mereka.

Selama ini hanya tahu menyimpan di Bank, kali ini mereka mempunyai pilihan untuk menyimpan dalam bentuk emas dan dalam masa yang sama dapat keuntungan dari hibah emas ini.

Walaupun program ini menguntungkan tetapi masih ada lagi yang pelik dan hairan bagaimana syarikat boleh membayar duit setiap bulan sedangkan emas pelanggan sendiri yang simpan atau pegang. Inilah dinamakan perniagaan trading.

Ramai yang bertanya macamana syarikat buat untung sebenarnya sampai boleh bagi duit setiap bulan. Perumpamaan begini, katakan anda membuat pinjaman bank RM200,000 atas tujuan buat bisnes.
Persoalannya, apabila anda dapat RM200,000, bolehkah bisnes anda dijalankan ? Berapa kali ganda anda boleh buat duit dengan modal itu ? Adakah Bank yang bagi anda pinjam tanya bagaimana anda boleh buat duit atau pertanyaannya adakah anda boleh bayar ?

Ya sudah tentu banyak projek boleh buat kalau dapat dana atau duit yang besar. Bayangkan syarikat setiap hari kalau jual 10 kilogram emas yang satu berharga RM220,000. Jumlah sehari dapat suntikan modal RM2,200,000! Dua Juta ! Banyak tak projek boleh buat  kalau ada dana banyak tu ?

Kami tak cakap ini adalah primary objective syarikat boleh mendapat untung. Ini hanyalah satu perumpamaan yang bermaksud, kalau dapat duit yang banyak, banyak benda boleh buat (projek).
Mudah bukan ? Jadi kalau anda dapat setiap hari Cash Flow RM2 juta, dan kalau duit itu simpan di bank pun, boleh tak dapat dividen tinggi ? Lagi banyak dan lagi lama simpan duit di bank akan jadi lebih banyak dividen dapat.

Itu contoh satu lagi. tetapi sebenar-benar rahsia bagaimana syarikat boleh bayar ada banyak. Anda jangan bimbang dan tak perlu kasihankan syarikat kerana perlu bayar banyak duit pada pelanggan. Bayangkan pada bulan lepas sahaja RM40 juta duit hibah diagihkan.Yang mana dah beli dah merasa duit hibah itu, duit mereka antara kalangan RM40 juta duit hibah itu. Conclusion dari post ini ialah Syarikat boleh sangat-sangat bayar hibah anda. Tak ada masalah.

Yang jadi masalah nya ialah disaat orang lain berseronok dapat duit pasif setiap bulan tetapi anda hanya telan air liur sahaja nak beli emas. Ini kerana setiap kali menangguh anda akan rugi sebab emas naik terus naik tanpa menunggu.

Hibah ini adalah hadiah pemberian kepada pihak yang  membeli emas di sini. Beli emas kat luar anda beli dan simpan,tunggu bertahun-tahun lamanya untuk mengaut keuntungan dari kadar kenaikan harga emas. Macamana dapat hadiah hibah ? Setiap bulan syarikat untung berjuta-juta. Ini bertujuan untuk memberi nilai value kepada orang ramai.

Mulakan hidup anda dengan menarik kekayaan emas. Lupa nak kongsikan, dengan memiliki emas, ia boleh menutup kebocoran wang. Berapa ramai hari ini duit banyak di bank, tapi apa jadi lepas setahun?makin bertambah atau berkurang? Tarik situ,tarik sini akhirnya duit EPF 200,000 habis selepas 3 tahun. Ramai dah nyatakan pengalaman selepas memiliki emas, rezeki mereka meningkat naik.

Sunday, December 4, 2011

DUIT vs EMAS

Ingat lagi kisah seorang nenek tua yang menyimpan duit RM10,000 dalam sarung bantal di rumahnya.Duit yang disimpan sejak 25 tahun yang lalu akhirnya tinggal abu,hangus terbakar bersama rumahnya.Keluar air mata darah sekalipun,duit tersebut tak dapat balik.

Lain la kalau yang disimpan tu emas tak kira dalam bentuk apa pun,rantai,gelang,cincin atau gold bar.Asalkan emas,confirm kalau terbakar tak hangus. Tetap utuh kerana emas adalah satu-satunya logam yang hanya lebur dalam suhu yang amat tinggi.

Rata-rata ramai dah tahu yang mana satu untung antara simpan duit atau simpan emas. Duit kita semua maklum yang ciptanya adalah manusia sendiri.

Bila manusia sendiri yang cipta bermakna banyak kelemahan bukan sahaja dari segi nilai tapi dari segi keselamatan contohnya mudah dihapuskan bila dibakar atau dikoyak.

Bayangkan kalau simpan duit banyak di rumah dan ditakdirkan rumah terbakar, dengan duit-duit semua hangus. Banyak kes rumah terbakar dan pemiliknya kerugian RM puluhan ribu.

Dulu kalau simpan duit dalam peti tangan kita akan rasa gatal nak tarik dan lama kelamaan duitnya susut dan habis.

Berbanding kalau simpan emas, nak ditarik jual untuk dapat duit jadi rasa berat lama kelamaan di atas penangguhan nak jual emas kita tu harganya dah berganda-ganda tingkat.

Contoh mudah, dulu kami suka simpan matawang asing seperti duit US. Dah 6 bulan simpan dari harganya kami beli RM3.40 sehinggalah sekarang harganya RM3.05.

Bila nak jual balik harganya RM2.90. Memang Rugi tapi untung dari bab menyimpan duit. Bayangkan kalau kita beli duit US dan simpan esok lusa nak pakai duit terpaksa menukarnya.

Kepayahan nak tukar semula duit RM menjadikan simpanan tu makin bertambah (Sentiasa beli duit US ). Tetapi cara begini tak bijak kerana sebenarnya kita menyimpan kertas yang nilainya setiap tahun menurun kerana inflasi.

Tanam azam dan niat untuk simpan emas sebab aset inilah yang dalam sejarah tak pernah turun nilainya malah meningkat sahaja setiap tahun.

Tambahan pula kalau ada emas yang boleh memberikan kita pendapatan setiap bulan, inilah yang dikatakan konsep simpanan bijak. Simpan khazanah bumi yang semakin hari semakin susut ini sekarang.

Tukarkan wang kertas dan konsep simpanan anda ke emas sekarang untuk masa depan anda dan keluarga.

Wednesday, June 15, 2011

Tukar Wang Kepada Simpanan Emas

Mengapa Anda Perlu Menyimpan Emas?

Sebelum anda tahu Bagaimana Nak Buat Keuntungan Melalui Emas adalah penting untuk anda mengetahui Mengapa anda perlu menyimpan emas.

Dengan mengetahui FAKTOR mengapa anda perlu menyimpan emas adalah lebih senang untuk anda menyingkap rahsia pelaburan emas.

1. Emas Adalah Kekayaan Yang Sebenar


Emas menjadi pilihan manusia sebagai penyimpan kekayaan sejak 6000 tahun dahulu. Orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yang dicop nama firaun sebagai mata wang.Manusia memilih emas sebagi penyimpan kekayaan kerana :
  1. Warna kuning keemasannya yang amat menarik dan tidak akan pudar selama-lamanya
  2. Emas tidak boleh dibinasakan (kalau rumah terbakar, duit hangus tapi emas tak terbakar)
  3. Tahan lasak (cuba ketuk dengan tukul :)
  4. Mudah dibahagikan kepada unit kecil tanpa menjejaskan nilainya
  5. Ia sukar diperoleh - takde jual kat kaki lima
Pada zaman dahulu emas dianggap Simbol Kekayaan. Barangsiapa yang mempunyai emas dianggap kaya. Zaman sekarang pun, jika anda memiliki banyak emas anda juga dianggap kaya.

Selain itu emas juga tidak boleh dibinasakan.Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah sesuatu yang tidak boleh dibinasakan.Kertas,makanan,haiwan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan kerana untuk jangka masa panjang ianya pasti akan binasa.




Thursday, June 9, 2011

PROMOSI DUIT HIBAH EMAS SEHINGGA 15 JUNE 2011

Mutiara Kata Hari ini :

Sebab utama mengapa ramai orang tidak dapat apa yang mereka impikan ialah kerana mereka tak tahu apa yang mereka impikan.

Ramai yang masih keliru dengan program hibah emas Genneva ni. Ada yang berfikiran asalkan mereka ada emas dalam tangan mereka , mereka nak minta duit hibah.

Contohnya mereka beli emas di Pak Ghani kemudian bertanyakan duit hibah mereka. Tentu sekali emas di Pak Ghani tak ada sistem hibah setiap bulan cuma beli dan simpan emas atau cagar sahaja.

Ibarat masukkan duit ke bank A nak minta dividen di Bank B. Nak hibah dari Genneva perlu beli emas Genneva. Bukan emas dengan Pak Ghani kalau nak dapat hibah.

Ada juga yang masih merujuk Pak Belalang Google tentang program hibah Genneva ni. Bila tengok sana memang ada cerita Syarikat Genneva kena serbu bank negara lah, dipantau,…semua cerita yang melegakan untuk tidak membeli emas hibah.

Bila dengar cerita itu akan menguatkan lagi kebantutan untuk melabur pada emas hibah dan beli emas biasa. Bila sekarang ni Ah Rahnu dah tukar status untuk tidak menerima jongkong emas lagi, kawan-kawan ni asyik tanya bila nak dapat untung beli emas. Beli emas ni bukan untuk untung sebenarnya. Beli kemudian simpan untuk kekalkan kekayaan kita. Emas naik bermaksud nilai duit kita jatuh. Kalau kita pegang duit bermakna kuasa beli kita jatuh.

Sebab sejak zaman Nabi SAW lagi harga emas dengan sekarang nilainya sama sahaja. Boleh beli seekor kambing dengan 1 dinar. Tengok sahaja hujung tahun lepas yang harga emas 100g masih RM14,000 sekarang dah jadi RM17,000. Bermakna nilai duit kita jatuh RM3,000!

Orang kata pada saya, nanti aku dah kaya baru beli emas. Orang Kaya sebelum kaya mereka beli emas baru jadi kaya. Tengok sahaja rumah mereka , pinggan mangkuk cawan ada ukiran emas.
Nak beli tapi tak ada modal tu memang biasa. Nanti hari lain saya kongsikan bagaimana nak kumpul modal.
 Hari ni cuma nak kongsikan tentang mindset kita untuk dapatkan sesuatu.

Orang ramai yang bertanya, macamana boleh dapat hibah sedangkan emas tu kita sendiri yang pegang. Hibah ni salah satu cara syarikat nak memberi tanggungjawab sosial kepada masyarakat melalui sistem hibah.
Secara logiknya, emas yang kita beli mendapat semula 100% duit bila jual balik pada syarikat. Contohnya kita beli emas 1 kilogram berharga RM190,000. Setiap bulan dapat hibah 2% RM3,800.

Setelah 6 bulan kita nak jual semula pada syarikat, kita akan dapat balik RM190,000 kita dan hibah selama 6 bulan tu dah terima sebanyak RM22,800. Inilah keuntungan yang syarikat berikan kepada kita yang dianggap sebagai hadiah.


Ada juga yang pertikaikan kenapa syarikat nak bagi hibah. Bila saya cadangkan tak perlu ambik hibah beli emas sahaja jadi kerja saya lebih mudah…tak perlu nak ke ofis collect cheque hibahnya dia tak setuju. Nak juga hibahnya.

Dulu kawan saya yang susah sangat nak beli emas sekarang dah ada 250 gram. Sekarang ni dah mula dapat rentak dengan orang berjumpa dengan dia untuk dapatkan emas hibah. Asalkan ikut sahaja flow bisnes emas ni, pasti mendatangkan hasil yang bukan sekelip mata tetapi pasti.

Bukan sahaja flow dalam bisnes. Dalam seni beladiri pun diajar cara flow untuk melawan musuh. Tak perlu jadi kuat tapi ikut sahaja flow dan kalau ikut betul flow, musuh yang memegang pisau nak menikam kita boleh menikam diri dia sendiri.

Untuk makluman, promosi hibah untuk 1.8% bagi 100gram – 999gram dan 2% bagi 1 kilogram ke atas hanya sehingga 15 Jun 2011. Selepas itu ia kembali ke asal 1.5% setiap 100 gram ke atas.
Itu yang ada seorang Guru Kaunselor di Pulau Pinang tu terima duit hibah RM540 setiap bulan. Kalau dah gajinya RM3000 sebulan tambah dengan hibah RM540, lepas bebenor kalau nak bayar duit kereta bulan-bulan. Sebab dia dapat 1.8% sebulan.

Kalau simpan bank Fixed Deposit dapat 2% setahun. Tu yang ada seorang Haji keluarkan duit dari FD beli berkilo-kilo emas. Katanya daripada dapat interest 2% setahun lebih baik dapat hibah setiap bulan. Donia sekarang dah terlalu banyak unsur riba’. Beli kereta , rumah , simpanan, semua ada riba dan inilah senjata Dajal nak melemahkan keturunan Adam. Kerana Riba’ kita jadi lalai memikirkan setiap hari nak bayar hutang.

Dan ada yang bertanya, hibah ni dah bagi fixed 1.8% tu bukankah dah dikira riba’? Yes, sebab itu setiap 6 bulan kena renew contract. Bila renew contract kira nasib-nasiblah kena pula masa tu hibah tak ada promosi jadi 1.5%. Atau pun nasib baik kalau hibah ada promosi sampai 2%.


Kalau fixed selama setahun maksudnya dah ditetapkan , itu baru jadi riba’. Bila nak renew contract kenalah bawa emas pulangkan pada syarikat untuk buat rebalancing. Kemudian terima emas yang baru. Bukan mudah seperti beli emas dengan Pak Ghani. Ada perjanjian kontrak dan ada sijil emas.

Tuesday, May 31, 2011