Thursday, December 15, 2011

Apa Boleh Buat Dengan Emas?


Sejak kebelakangan 2 tahun ni, bisnes emas dah mula jadi fenomena. Dalam FB banyak cerita pasal emas. Setiap hari lebih 400 website emas termasuk yang free dari blogspot didaftarkan untuk cerita pasal bisnes emas.

Semalam, seorang kawan ustad call dan bagitahu bagaimana keadaan dia sekarang lepas terjebak dalam bisnes emas. Baru sekarang dia mulai faham yang emas ini bukan pelaburan. Satu method simpanan wang.

Dari dulu lagi saya dah beritahu pada sesiapa sahaja tentang emas ni yang ia sebebanrnya BUKAN skim cepat kaya tapi Skim Lambat Kaya.

Biar lambat asal kaya. Nak cepat kaya pun boleh asal kena gaya dan strategy. Bagaimana nak bezakan kedua-duanya ? Sebagai Pembeli Emas, mereka kira ambik pakej Skim Lambat Kaya. Lambat-lambat pun lepas 5 tahun boleh senyum dengan kesan kenaikan emas.

Kalau dulu beli emas 100 gram harga RM15,000 5 tahun lagi senyum sebab dah jadi tolak tambah dalam RM 60,000. Ni baru skim Lambat Kaya. Lambat dan Pasti Kaya asalkan sabar.

Kalau nak cepat kaya dalam main emas ni kena jadi pengedar emas atau penjual emas atau consultant emas. Taukey emas dah memang confirm kaya. Berapa lama tempoh untuk jadi kaya ? Paling lama setahun paling cepat …..kalau dapat jual dalam masa seminggu 10 kilo emas terus kaya.

Sebab tu ada soalan orang yang luar biasa akan bertanya, bila boleh cepat dapat hasil atau jadi kaya dari emas ? Soalan itu dijawab semula dengan pertanyaan : berapa banyak kemampuan dia ?

Mampu dari segi membeli atau mampu dari segi nak buat bisnes emas. Bila sebut emas ni banyak perkara kena lengkapkan diri dahulu. Dari segi mental dan sikap. Mental maknanya kalau ada orang tiba-tiba bagitahu nak beli emas 1 tan….

Yang itu kena hati-hati dan boleh dikatakan 99.9% bohong. Bayangkan 1 tan harga dah berapa….saiz dah besar mana. Untuk makluman, 1 tan adalah sebesar lori satu tan. 1 kilo pun dah harga RM200,000, inikan pula 1 tan bersamaan 1000 kg. Maknanya RM200,000,000!

Bila nak hantar emas satu tan nak kena ada pengawal, polis , tentera untuk pergi hantar. Jadi mentalilti kena cekap menghitung kebenaran dan keindahan. Lebih-lebih lagi kalau ada yang nak beli 200 tan kononnya. Bermakna 200 tan lori beratur panjang nak hantar emas orang tu.

Tapi sebenarnya bagaimana orang nak buat duit dengan emas ? Beli dan cagar ? Bila cagar sebenarnya siapa yang untung? Kalau anda beli anda untung sebab tak perlu bayar lebih emas itu. Beli dengan bayar 30%.

Tapi kalau anda yang jual emas, anda senang jual lebih emas. Istilah beli emas dah tak berapa kena kat sini. Sepatutnya beli dan hak mutlaknya 100% pada kita.

Tengok keadaan orang pelarian Vietnam yang lari ke luar negara dengan membawa emas jongkong mereka berkilo-kilo. Bayangkan kalau emas mereka dicagar kat bank, nak lari bawak emas kena settle dulu pinjaman yang dah di ambil dari cagar emas.

Syukur Alhamdulillah Negara kita aman damai dan banyak peluang mendapat rezeki dari segi pekerjaan. Apa yang dihadapan kita tak nampak dan sebab itu perlu ada persediaan seperti mempunyai insuran. Emas nilah insuran kita.

InsyaAllah akan datang, kita sambung sembang pasal emas lagi. Saya akan kongsikan di post bagaimana nak buat duit yang banyak tapi tak perlu nak jual emas yang banyak. Bukan sahaja buat duit banyak tapi berterusan macam dapat pencen.

No comments:

Post a Comment

Kongsi Komen Positif Anda DiSini