Sunday, December 4, 2011

DUIT vs EMAS

Ingat lagi kisah seorang nenek tua yang menyimpan duit RM10,000 dalam sarung bantal di rumahnya.Duit yang disimpan sejak 25 tahun yang lalu akhirnya tinggal abu,hangus terbakar bersama rumahnya.Keluar air mata darah sekalipun,duit tersebut tak dapat balik.

Lain la kalau yang disimpan tu emas tak kira dalam bentuk apa pun,rantai,gelang,cincin atau gold bar.Asalkan emas,confirm kalau terbakar tak hangus. Tetap utuh kerana emas adalah satu-satunya logam yang hanya lebur dalam suhu yang amat tinggi.

Rata-rata ramai dah tahu yang mana satu untung antara simpan duit atau simpan emas. Duit kita semua maklum yang ciptanya adalah manusia sendiri.

Bila manusia sendiri yang cipta bermakna banyak kelemahan bukan sahaja dari segi nilai tapi dari segi keselamatan contohnya mudah dihapuskan bila dibakar atau dikoyak.

Bayangkan kalau simpan duit banyak di rumah dan ditakdirkan rumah terbakar, dengan duit-duit semua hangus. Banyak kes rumah terbakar dan pemiliknya kerugian RM puluhan ribu.

Dulu kalau simpan duit dalam peti tangan kita akan rasa gatal nak tarik dan lama kelamaan duitnya susut dan habis.

Berbanding kalau simpan emas, nak ditarik jual untuk dapat duit jadi rasa berat lama kelamaan di atas penangguhan nak jual emas kita tu harganya dah berganda-ganda tingkat.

Contoh mudah, dulu kami suka simpan matawang asing seperti duit US. Dah 6 bulan simpan dari harganya kami beli RM3.40 sehinggalah sekarang harganya RM3.05.

Bila nak jual balik harganya RM2.90. Memang Rugi tapi untung dari bab menyimpan duit. Bayangkan kalau kita beli duit US dan simpan esok lusa nak pakai duit terpaksa menukarnya.

Kepayahan nak tukar semula duit RM menjadikan simpanan tu makin bertambah (Sentiasa beli duit US ). Tetapi cara begini tak bijak kerana sebenarnya kita menyimpan kertas yang nilainya setiap tahun menurun kerana inflasi.

Tanam azam dan niat untuk simpan emas sebab aset inilah yang dalam sejarah tak pernah turun nilainya malah meningkat sahaja setiap tahun.

Tambahan pula kalau ada emas yang boleh memberikan kita pendapatan setiap bulan, inilah yang dikatakan konsep simpanan bijak. Simpan khazanah bumi yang semakin hari semakin susut ini sekarang.

Tukarkan wang kertas dan konsep simpanan anda ke emas sekarang untuk masa depan anda dan keluarga.

No comments:

Post a Comment

Kongsi Komen Positif Anda DiSini