Sunday, December 11, 2011

Kenapa Harga Emas Kami Tak Sama Dengan Tempat Lain

Ini antara soalan favourite yang kebiasaan orang tanya. Sedikit perkongsian hari ini untuk para Consultant yang berurusan dengan bakal pelanggan emas mereka.


Kenapa sini lebih mahal contohnya kalau di luar sana per gram emas baru RM190 tetapi sini RM210. Biar kami jelaskan sebaik yang boleh.

Pertama , harga emas diluar adalah harga spot gold dan harga emas sini adalah harga emas retail yang diberikan oleh The Gold Bullion Entrepreneurs Association of Malaysia ( Gold Beam).

Jika anda beli emas di kedai emas, anda boleh dapat harga emas yang hampir sama dengan sini sebagai contoh jika anda pergi ke kedai Poh Kong, beli emas nilai 999.9 harga ratenya hampir sama.
Tetapi jika anda beli di kedai emas luar sana anda tak akan dapat duit hibah atau tak ada income bulan-bulan. Ternyata beli di sini lagi untung.

Jika anda beli emas dengan ejen-ejen diluar sana, anda dapat harga murah tetapi, anda tidak dapat duit bulan-bulan sebaliknya kalau nak dapat duit bulan-bulan kena cagar dan bila cagar beli lagi emas supaya ada banyak di tempat dicagar.

Lama-kelamaan rupanya yang untung cuba anda beritahu, siapa ? Berbanding jika beli sini walaupun dengan harga tinggi, anda terus dapat pendapatan setiap bulan dengan memegang emasnya dalam tangan anda sendiri tanpa perlu cagar.

Itu yang ada orang takut dan tak percaya macamana boleh dapat duit sedangkan emasnya sendiri yang pegang. Topik ini kami akan bincangkan lain hari. Sebab soalannya lebih kurang macamana syarikat boleh bayar duit atau syarikat boleh untung ke ?

Jadi hari ni kita bincang tentang harga dulu. Cuba anda tanya pada diri anda, bila dah beli emas diluar sana, bagaimana nak buat pendapatan selain dari jual atau cagar ? Memang tak ada. Sebab itu ia tak ada “Value Added” dan murah berbanding beli emas sini.

Kalau di sini, semasa terima emas sahaja anda akan dapat terus pendapatan pertama. Contohnya beli 1 kilogram emas, masa terima emas tersebut anda terima sekali cek RM5,500 (hibah promosi sekarang).
Itu merupakan rebate belian emas anda. Dan bulan berikutnya hibah dimasukkan setiap bulan dalam bank walaupun emas anda letak dibawah bantal.

Kedua, walaupun sini mahal tetapi jika anda nak jual semula pada bulan tamat kontrak, anda boleh dapat semula 100% wang belian emas anda dan bermakna tak rugi satu sen pun.
Berbanding dengan beli emas diluar, kalau nak jual semula kena potong 5%-20% dari harga pasaran. Seorang kenalan saya beli emas 20gram pada tahun lepas dengan harga RM2,700. Bila dia nak jual lepas 6 bulan, dia tanya kedai emas habib jewel mereka nak beli RM1,990.
Akhirnya dia menghubungi Ejen yang jual emas tersebut padanya dan ejen tu bersetuju untuk membeli dengan harga RM2,500 selepas tolakdari harga pasaran. Pasal nak pakai duit dan terdesak, kawan tu jual sahaja pada ejen tu dan berapa banyak untungnya jadi ejen tu sebab boleh jual pada pelanggan lain dengan harga pasaran sebaliknya dia beli dengan margin 20%!

Cuba tanya pada diri anda bila situasi begini, siapa yang untung ? Sebab itu program emas hibah yang kami buat ni tak untung bagi yang menjual sebaliknya banyak kerja ada lah.
Ada juga consultant yang tak mahu jual bawah 500 gram kepada orang sebab mereka tahu, penatnya sama tetapi hasilnya berbeza. Memang program ini menguntungkan pelanggan dahulu.

Ibarat seorang ayah yang memberi anaknya makan dahulu. Ayah makan kemudian. Anda nak tahu berapa banyak consultant dapat bagi seorang pelanggan yang beli emas 100 gram ?
Tak sampai RM100 pun. Harga emasnya dah lah puluh ribu tetapi consultant dapat margin kecil. Disinilah terapnya nilai bersyukur dengan rezeki yang ada dan bila bersyukur barulah Allah berikan lagi lebih.
Pelanggan pula dapat berapa bila beli 100 gram ? Setiap bulan dalam RM450 dan duit beli emasnya tak hilang. Cuba tanya pada diri anda siapa yang untung ?

Kesimpulannya disini, jika anda nak pendapatan tetap dari emas setiap bulan, inilah program yang menguntungkan tetapi untuk jangka masa panjang beli emas, anda boleh beli emas luar dan simpan sampai 20 tahun. Itu memang bukan nak buat income setiap bulan.

Memang program emas sini adalah dicipta untuk keuntungan pelanggan. Kami tak pening kepala macamana nak bantu pelanggan buat untung setiap bulan berbanding kalau kami jual emas seperti diluar yang pelanggan asyik tanya bila nak buat duit…

No comments:

Post a Comment

Kongsi Komen Positif Anda DiSini